Monday, July 29, 2013

Terma & Syarat

Assalamualaikum..

Terma & Syarat urusniaga ini adalah penting bagi kami dan pelanggan kami, semoga urusniaga kita berjalan dengan lebih lancar :)
  1. PakaianMuslimahBergaya sangat mengalu-alukan kedatangan pelanggan yang serius dengan pembelian sahaja.
  2. Semua produk yang dijual adalah baru dan dalam keadaan yang sangat baik, melainkan jika dinyatakan sebaliknya.
  3. Harga yang tertera pada setiap produk adalah muktamad melainkan dinyatakan sebaliknya.
  4. Kami menghormati polisi 'first come first served' untuk mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang masa berurusniaga.
  5. PakaianMuslimahBergaya akan mengesahkan jika produk yang ingin ditempah ada atau tiada di dalam stok sebelum proses urusniaga lanjut dibuat.
  6. Tempahan hanya akan disimpan khas untuk anda dalam tempoh masa maksimum sebanyak 2 hari bekerja sahaja. Jika tiada pembayaran penuh dibuat dalam tempoh tersebut, tempahan anda akan dibatalkan secara automatik dan produk jualan akan dibuka kepada pembeli lain.
  7. Jika anda sudah membuat tempahan tetapi masih belum membuat sebarang pembayaran dan ingin membatalkan tempahan tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi kami melalui telefon, sms atau email.
  8. Setiap urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia dan bayaran boleh dibuat menggunakan mesin deposit wang, pindahan ATM, atau secara online ke akaun CIMB Bank atau Maybank. Nombor akaun akan diberi selepas pengesahan pembelian dibuat.
  9. Setelah bayaran dibuat, sila smskan/emelkan butiran pembayaran (No Order, Jumlah Bayaran, Masa Bayaran, Bank yang digunakan) ke no telefon 014-2972240/0136282408 atau inbox ke   Slip asal hendaklah disimpan oleh pembeli sebagai rujukan.
  10. Setiap urusniaga adalah muktamad, dan semua produk yang telah dijual tidak boleh dipulangkan dan ditukar samada dengan produk lain atau dengan wang ringgit melainkan atas sebab-sebab tertentu yang akan dipertimbangkan oleh PakaianMuslimahBergaya.
  11. Semua harga yang tertera pada setiap produk adalah TIDAK termasuk kos penghantaran. Sila rujuk segmen "Caj Penghantaran" untuk mengetahui lebih lanjut tentang jumlah kos penghantaran mengikut lokasi anda.
  12. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pembeli untuk memantau sendiri status penghantaran parcel/bungkusan mereka dengan menggunakan kemudahan "Jejak & Kesan" yang disediakan atau dengan melawati laman web Pos Malaysia di http://www.pos.com.my/
  13. PakaianMuslimahBergaya akan memberi nombor siri setiap parcel yang dihantar sebagai rujukan bagi pihak pembeli untuk digunakan semasa proses pemantauan status penghantaran.
  14. Warna produk yang tertera di dalam gambar mungkin kelihatan berbeza sedikit dengan warna produk asal disebabkan pencahayaan kamera dan tertakluk kepada 'setting' skrin monitor yang berbeza.
  15. PakaianMuslimahBergaya akan memberi notis kepada para pengunjung laman blog ini terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa perubahan kepada Terma & Syarat urusniaga kami.
  16. Agen/pengedar amatlah dialu-alukan. Untuk keterangan lanjut atau jika ada sebarang pertanyaan, sila mesej ke www.facebook.com/messages/PakaianMuslimahBergaya atau sms/hubungi  Baiyah di talian 013-6282408
~Baiyah~
Admin PakaianMuslimahBergaya
http://pakaianmuslimahbergaya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment